Prepared by :
Reseller Development Department
Reseller Terms and Conditions
Approved by :
Mohd Farid Mohamed Sangido
Ketua Pegawai Eksekutif
MommyHana Creative Sdn. Bhd.
1. |
KONTRAK |
Perjanjian ini dibuat dari Tarikh Berkuatkuasa diantara pembekal dan penjual semula yang telah berdaftar didalam sistem dan mempersetujui semua terma dan syarat didalam kontrak ini.
2. |
HARGA |
2.1Penjual Semula berlayak untuk ‘Overriding Bonus’ tertakluk kepada pangkat dan prestasi penjualannya bagi bulan semasa seperti yang
diperuntukkan oleh Pembekal dalam ‘Company Success Journey’.
2.2Penjual Semula hendaklah menjual, membekal dan memasarkan Produk- Produk kepada masyarakat umum, tidak termasuk dropship, ejen-ejen dan stokis-stokis.
2.3Penjual Semula hendaklah memastikan bahawa tidak mengubah harga Produk-Produk seperti yang telah ditetapkan atau dijual pada harga yang ditentukan oleh Pembekal. Jika tidak, pembekal boleh mengenakan saman serta merta RM 200, 000 setiap seorang dari tarikh penjual semula didapati bersalah atau boleh dipenjara jika gagal melunaskan pembayaran saman RM 200, 000 kerana penjual semula tidak mengikuti terma dan syarat yang telah dipersetujui.
2.4Pembekal boleh mengubah dan menukar Produk atau pembungkusan Produk, dan harga Produk dari semasa ke semasa, dan Penjual Semula mesti mematuhi perubahan ini.
|
|
3. PRESTASI JUALAN |
|
3.1Pembekal boleh memberikan kepada Penjual Semula ‘Business Opportunities Promotion’ (BOP) untuk membantu Penjual Semula untuk meningkatkan prestasi penjualannya.
3.2Pembekal mempunyai hak untuk mengupah atau memasuki suatu usaha sama antara mana-mana organisasi dan syarikat masing-masing atau untuk menugaskan pasukan penjualannya untuk membantu meningkatkan penjualan syarikat Pembekal atau untuk memberi bimbingan kepada Penjual Semula untuk meningkatkan penjualan syarikat Pembekal.
3.3Penjual Semula berhak untuk mendapat ‘Overriding Bonus’ berdasarkan kepada kadar peratusan, untuk setiap bulan jika ia mencapai sasaran penjualannya untuk pangkat semasanya sahaja.
3.4Penjual Semula akan mengisi semula Produk-Produk, secara bulanan, kuantiti minimum produk-produk menurut pangkat Penjual Semula untuk
memastikan kelayakan dan kesinambungan ‘Overriding Bonus’.
3.5Sekiranya prestasi penjualan Penjual Semula berada di bawah sasaran penjualan untuk pangkatnya pada bulan semasa, Penjual Semula hanya layak untuk mendapat ‘Overriding Bonus’ menurut pangkat yang prestasi penjualannya jatuh kepada bulan tersebut.
4. CARA PEMBAYARAN |
|
|
4.1Semua bayaran akan dibuat melalui system Pembekal bernama ‘Billplz’.
4.2Semua bayaran hanya akan dibuat ke akaun bank rasmi Pembekal dan tidak ada kakitangan Pembekal yang dibenarkan untuk mengambil wang tunai dari Penjual Semula. Semua pesanan akan diproses setelah pembayaran dibuat dan diterima.
4.3Penjual Semula hendaklah memberikan bukti pembayaran kepada Pembekal.
5. PESANAN & PENGHANTARAN PRODUK
5.1 Untuk tujuan penghantaran (delivery), semua pesanan akan diproseskan oleh Pembekal dalam satu sehingga tiga hari bekerja. Ketibaan pesanan bergantung kepada penyedia kurier Pembekal. Ia bukan tanggungjawab Pembekal setelah bungkusan itu diambil. Semua kos pos akan ditanggung oleh Penjual Semula dan bayaran pos akan bergantung kepada berat produk yang dipesan.
|
5.2Untuk tujuan pengambilan (pickup), semua pesanan hendaklah dibuat sehari sebelum pengumpulan dan semua pesanan hendaklah diambil mulai jam 2.00 petang seterusnya pada hari berikutnya (tidak terpakai semasa CMCO dan MCO) dan setelah Pembekal mengesahkan bahawa pesanan itu siap untuk diambil.
|
|
5.3Tidak akan ada pesanan mendesak atau saat-saat terakhir kerana Pembekal memerlukan satu hari untuk memproses pesanan. Penjual Semula tidak dibenarkan mengambil pesanan pada hari yang sama.
5.4 Semua pesanan untuk Produk boleh dibuat setiap hari oleh Penjual Semula dan Pembekal akan memproses pesanan pada hari bekerja.
6. |
PEMASARAN |
6.1Penjual Semula boleh menyumbangkan gambar dan idea pemasaran untuk pemasaran Produknya sendiri bergantung kepada kempen kini dan kandungannya. Penjual Semula hendaklah mengelak salah laku atau iklan dan maklumat yang palsu yang boleh membahayakan Pembekal dan Jenama.
6.2Penjual Semula boleh menggunakan apa-apa bahan yang digunakan oleh Pembekal di media sosialnya dan Penjual boleh menyiarkan semula dan menyunting bahan tersebut dengan cara yang boleh diterima. Penjual Semula boleh memperbaiki (improvise) apa-apa kandungan yang disediakan oleh Pembekal untuk meningkatkan penglibatan pengikutnya di media sosialnya dengan syarat ia dibenarkan oleh Pembekal.
6.3Apa-apa bahan yang dihantar kepada Penjual Semula untuk tujuan pemasaran oleh Pembekal hendaklah digunakan secara bebas untuk sebarang penyiaran media sosial. Penjual Semula hendaklah menggunakan semua bahan yang disediakan di saluran tertentu untuk pengeposannya.
7. |
PROMOSI |
7.1 Pembekal boleh melakukan kombo tertentu atau ‘Business Opportunity Preview’ (BOP) untuk meningkatkan penjualan dan Penjual Semula hendaklah menyertai dalam promosi tersebut. Segala kesalahan atau pengiklanan dan maklumat palsu semasa promosi tersebut akan mengakibatkan penyiasatan oleh Pembekal dan ini akan mempengaruhi kenaikan pangkat dan kredibiliti
Penjual Semula atau boleh mengakibatkan penamatannya.
7.2Pembekal hendaklah memaklum Penjual Semula mengenai semua kombo dan promosi sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tempoh ‘sales’ agar Penjual Semula boleh merancang dan mengisi semula produk-produk.
7.3Sebarang diskaun atau hadiah percuma mesti ditanggung oleh Penjual Semula dan Pembekal tidak bertanggungjawab atau boleh didakwa
terhadap |
jumlah |
potongan |
harga |
yang |
diberikan. |
|||||||||
|
|
|
|
|
|
|||||||||
8. |
DASAR |
PENGEMBALIAN |
DAN |
PEMULANGAN |
DUIT |
|||||||||
|
|
|
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
8.1Semua transaksi adalah muktamad. Tiada pemulangan duit akan dibuat setelah Pembekal menerima bayaran Penjual Semula untuk pesanannya.
8.2Dasar pengembalian Pembekal hanya sah sepuluh (10) hari selepas tarikh pembelian sekiranya kerosakkan Produk-Produk tersebut disebabkan oleh Pembekal, dan Penjual Semula boleh merujuk kepada terma dan syarat Pembekal mengenai waranti.
|
|
8.3Apa-apa produk-produk yang telah luput atau tidak dibuat lagi tidak boleh dipulangkan dan adalah tanggungjawab Penjual Semula untuk memulangkan wang kepada pelanggannya.
8.4Semua penjualan adalah muktamad dan pengembalian Produk-Produk tidak dibenarkan melainkan jika ada kerosakkan teknikal atau mekanikal dalam produk Pembekal yang dianggap oleh Pembekal boleh membahayakan Pembekal atau Jenama.
9. PENGAMBILAN ORANG |
|
|
9.1Penjual Semula dibenarkan untuk merekrut ejen downline yang akan berada di bawah pengawasannya, dan adalah bertanggungjawab ke atas mereka. Penjual Semula mesti selalu melibatkan pasukannya dengan menyediakan latihan, kelas, modul dan pengumuman yang relevan. Perlu diingatkan juga, penjual semula tidak boleh sama sekali mengambil ejen downline dari penjual semula yang lain yang telah berdaftar didalam sistem jika tiada alasan dan bukti yang kukuh.
9.2Penjual Semula hendaklah berbebas untuk mempromosikan pengambilan ejen downline di media sosialnya agar orang prospek dapat mengetahui tentang pengambilan orang.
9.3Seorang pekerja atau wakil Pembekal hendaklah dimasukkan dalam semua kumpulan mesej elektronik (termasuk tetapi tidak terhad kepada, WhatsApp dan Telegram) atau emel antara Penjual Semula dan ejen-ejen downline.
10. |
BONUS DAN ANUGERAH |
Penjual Semula berlayak untuk ‘Overriding Bonus’ menurut pangkat dan prestasi penjualannya. Bonus ini akan dikira dengan sewajarnya berdasarkan prestasi penjualannya dan sistem ini akan dikuatkuasakan secara automatik.
11. |
OBLIGASI PENJUAL SEMULA |
|
|
11.1 |
Penjual Semula mengakujanji |
untuk mematuhi |
yang berikut:- |
(a)Semua penjualan, pengedaran dan pemasaran Produk-Produk adalah mengikuti secara tegas terma dan syarat yang terkandung di sini dan polisi-
polisi yang ditetapkan oleh Pembekal dari semasa ke semasa.
(b)Setiap penjualan melalui platform e-dagang (Tiktok, Shopee, Lazada dll) WAJIB mempamerkan nombor ID Penjual Semula dan harga Produk-Produk seperti yang ditetap dan diputuskan oleh Pembekal.
IPenjual Semula hendaklah memastikan bahawa ia memenuhi syarat minimum yang diperlukan untuk menjaga pangkatnya pada setiap masa.
(d)Kos salinan, perjalanan, makanan serta kos perbelanjaan (out of pocket expenses) yang dikeluarkan oleh Penjual Semula hendaklah ditanggung oleh Penjual Semula semata-mata.
|
I Penjual Semula hendaklah melindungi imej Pembekal dan Jenama pada setiap masa dan mematuhi tata kelakuan dan etika seperti yang ditetap dan
diputuskan oleh Pembekal dari semasa ke semasa.
(f) Penjual Semula hendaklah mengikuti semua arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pembekal.
|
Jika tidak pembekal ada hak sepenuhnya untuk menarik semula hak-hak dari penjual semula seperti stok penjual semula yang berada digudang atau ditangan penjual semula akan ditahan atau dirampas semula. Begitu juga dengan bonus-bonus yang sepatutnya penjual semula dapat akan ditahan serta merta atau dipindahkan hak milik semula kepada pembekal.
(g)Penjual Semula hendaklah memberi nasihat mengenai semua perjumpaan, perbincangan atau salinan yang ditetapkan atau dibuat oleh Pembekal.
(h)Penjual Semula hendaklah tidak menjual, membekal atau memasarkan
produk-produk Pihak Ketiga atau apa-apa produk yang bersaing secara langsung atau tidak langsung dengan Pembekal selama tempoh Perjanjian
Pembekal ini tanpa kenaran.
(i)Penjual Semula hendaklah menanggung rugi dan membebaskan Pembekal dari apa-apa dan semua tuntutan, ganti rugi atau tindakan undang-undang (termasuk fi peguam) yang timbul daripada kecuaian atau perbuatan tidak senonoh (malfeasant acts) Penjual Semula atau salah nyataan atau kemungkiran sebarang obligasi di bawah Perjanjian ini oleh Penjual Semula.
(j) Penjual Semula hendaklah memaklum dengan segera kepada Pembekal bagi perkara-perkara berikut :-
(i)Produk-Produk yang ditiru oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan Pembekal;
(ii)Penyalahgunaan cap dagangan atau harta intelek yang memiliki Pembekal sama ada berkaitan dengan Produk-Produk atau perihal Pembekal oleh mana-mana pihak :
|
(iii)Aduan pelanggan atau orang awam terhadap Produk-Produk; dan
(iv) Produk-Produk yang tidak menggunakan harga yang telah ditetapkan
Oleh Pembekal. |
12. PENAMATAN |
12.1Perjanjian ini ditamatkan jika Penjual Semula didapati melakukan kesalahan, kecuaian atau kemungkiran syarat Perjanjian ini selama tempoh Perjanjian ini. Pembekal akan memberi notis tujuh (7) hari kepada Penjual
Semula sebelum tarik |
h penamatan. |
12.2Setelah penamatan Perjanjian, Penjual Semula tidak akan membuat atau menyimpan salinan barang, produk atau maklumat peribadi dan sulit Pembekal yang telah diamanahkan kepada Penjual Semula oleh Pembekal, dan akan berhenti menggunakan harta intelek Pembekal atau mewakili dirinya sendiri sebagai sebahagian daripada Pembekal atau bertindak bagi pihaknya.
12.3Penjual Semula hendaklah tidak akan menjual, membekal atau memasarkan produk-produk yang merupakan persaingan langsung atau tidak langsung dengan Pembekal dalam jangka masa enam (6) bulan dari
Tarikh penamatan. |
12.4Sekiranya Penjual Semula memiliki Produk-Produk selepas penamatan, Produk-Produk hendaklah dijual pada harga yang ditentu atau diputuskan oleh Pembekal. Kegagalan untuk mematuhi perkara ini akan memberi Pembekal hak untuk membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan sivil terhadap Penjual Semula.
12.5Sekiranya penamatan berlaku kerana salah laku Penjual Semula, Pembekal akan menyenarai hitamkan nama Penjual Semula dan Penjual
Semula tidak akan dibenarkan untuk mendaftar semula.
12.6Pembekal tidak akan mengembalikan sebarang pembayaran yang dibuat oleh Penjual Semula kepada Pembekal dan deposit kepada Penjual
Semula setelah penamatan. |
13. NOTIS |
13.1 Apa-apa notis atau tuntutan hendaklah secara bertulis dan dianggap
telah |
dihantar |
secara |
sempurna |
sekiranya: |
- |
|
|
|
|
|
|
(i)Penghantaran secara pos berdaftar atau secara serahan tangan dialamatkan ke alamat terakhir yang diketahui pihak penerima seperti
dinyatakan di ‘Mommyhana Reseller Application Form’; atau
(ii) Penghantaran secara faks atau secara emel dialamatkan ke nombor fax atau alamat emel terakhir yang diketahui seperti dinyatakan di ‘Mommyhana
Reseller Application Form |
|
14.KONTRAKTOR BEBAS |
|
14.1Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Penjual Semula adalah kontraktor bebas, dan tidak ada apa-apa yang terkandung di sini yang menyatakan bahawa:-
(i) kedua-dua pihak adalah rakan kongsi, sebahagian daripada usahasama,
Pemilik bersama |
atau sebaliknya; |
dan |
(ii)Penjual Semula tidak dibenarkan untuk membuat atau mengambil apa- apa kewajipan atau komitmen bagi Pembekal untuk apa jua tujuan.
14.2Penjual Semula tidak ada hak untuk mendapat sebarang manfaat pekerja.
14.3Penjual Semula hendaklah bertanggungjawab untuk membayar semua cukai-cukai pendapatan dan cukai-cukai lain yang akan dicajkan ke atas pendapatan Penjual Semula yang diperolehi di bawah Perjanjian ini.
15.HARTA INTELEK |
15.1Penjual Semula dilarang menggunakan harta intelek Pembekal seperti cap dagangan dan hak cipta tanpa kebenaran bertulis daripada Pembekal untuk tujuan selain daripada Perjanjian ini.
15.2Begitu juga dengan mengubah rupa atau bentuk Produk dengan tujuan tertentu terutamanya penipuan harga yang bukan ditetapkan oleh pembekal. Kesalahan besar boleh disabitkan terhadap penjual semula yang tidak mematuhi terma dan syarat seperti mengubah suai pelekat hologram yang terdapat di Produk. Saman serta merta RM 200, 000 atau penjara akibat gagal melunaskan saman RM 200, 000 boleh dikenakan jika pembekal semula didapati bersalah.
15.3Tidak ada apa-apa dalam Perjanjian ini yang memberikan Penjual Semula apa-apa hak, hakmilik atau kepentingan dalam harta intelek Pembekal.
15.4 Penjual Semula dilarang untuk membantah atau membantu mana-mana pihak ketiga untuk membantah atau mendaftar harta intelek Pembekal atau cuba mendaftarkan harta intelek Pembekal secara kediri yang akan mengelirukan pelanggan atau orang awam semasa atau selepas tempoh
Perjanjian ini. |
15.5Penjual Semula dilarang untuk membantah atau menafikan hak eksklusif Pembekal atas harta intelek semasa atau selepas tempoh Perjanjian ini.
16.UNDANG-UNDANG
16.1Semua pertelingkahan, percanggahan dan perbezaan pendapat yang timbul di antara kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini atau ketidakpatuhan dan penamatan Perjanjian mestilah diselesaikan secara baik antara pihak-pihak terlebih dahulu.
dahulu. |
16.2Mana-mana pertelingkahan, kontroversi atau perbezaan pendapat yang timbul daripada Perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya atau keengganan mana-mana pihak kepada Perjanjian ini untuk melakukan keseluruhan atau sebahagian terma-terma dan syarat-syarat seperti termaktub di dalam Perjanjian ini di mana tidak boleh diselesaikan melalui perundingan bersama secara baik maka kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini bersetuju untuk merujuk pertelingkahan, kontroversi atau perbezaan pendapat tersebut kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.
17. |
KERJASAMA |
Penjual Semula dalam setiap masa hendaklah memberi kerjasama kepada Pembekal dalam apa-apa hal setelah mempersetujui Perjanjian yang berkuatkuasa ini.
Updated: 26/03/2024